Tuesday, July 20, 2010

Adab berpuasa

Bulan Rejab sudah hampir menutup tirainya memandangkan madrasah kita baru sahaja selesai menyambut sambutan Isra' Mikraj pada 27 Rejab yang lalu. Sejak awal bulan Rejab,ramai di kalangan kita berebut-rebut untuk berpuasa sunat agar mereka tidak terlepas daripada keuntungan berpuasa sunat dan merebut darjat yang tinggi di dalam syurga Firdaus.
Imam Ghazali r.a. telah menyatakan di dalam kitab Bidayatul Hidayah bahawa mereka yang tidak berpuasa sunat akan menyesal apabila melihat orang yang banyak berpuasa sepeti halnya mereka melihat kepada bintang-bintang yang berkelip-kelip. Mereka jauh lebih tinggi daripada yang tidak berpuasa sunat kerana mereka berada pada darjat yang tinggi sekali.
Dan janganlah kita menganggap bahawa puasa itu hanya meninggalkan makanan, minuman dan jimak sahaja tetapi puasa adalah lebih luas daripada itu. Dalam hal ini Rasullulah pernah bersabda:
كم من صائم ليس له من صيامه .الا الجوع والعطش
Ertinya : Berapa banyak orang yang puasa yang tidak memperolehi daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga. Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.
Kesempurnaan puasa itu boleh dijaga dengan:
1. Menjaga seluruh anggota daripada melakukan sesuatu yang dibenci oleh Allah.
2. Menjaga mata daripada melihat perkara yang diharamkan.
3. Menjaga lidah daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah.
4. Menjaga telinga daripada mendengar perkara yang haram kerana orang yang mendengar (orang lain mengumpat) adalah sama dosanya dengan orang yang berkata dan orang yang mendengar dikira sama hukumnya dengan orang yang mengumpat (kalau dia tidak mengingkari umpatan itu).
5. Menjaga perut dan kemaluan. Dalam hal ini Rasullulah bersabda:

خمس يفطرن الصائم ،الكذب والغيبة والنميمة والنظر بشهوة واليمين الكاذبة
Ertinya : Lima perkara yang membatalkan (pahala) puasa iaitu berbohong, mengumpat, membuat fitnah ,melihat (perempuan yang bukan mahram) dengan syahwat dan sumpah palsu.


Ketika berbuka puasa:
1. Berusaha mencari makanan yang halal.
2. Tidak memperbanyak makanan dengan memakan yang lebih dari qadar kebiasaan.
3. Tidak menghimpunkan makanan siang kepada makanan malam untuk makan sekaligus ketika berbuka puasa kerana itu bermakna memindahkan waktu makan sahaja , maka tidak ada makna puasa pada perbuatan itu. Sedangkan yang dimaksudkan daripada puasa itu ialah memecahkan syahwat dan melemahkan kekuatannya supaya kita berpeluang menambah ketaqwaan . Tidak ada sebarang bekas (tempat) yang lebih dimurkai di sisi Allah daripada perut yang dipenuhkan dengan makanan yang halal ,maka betapa pula halnya kalau perut dipenuhi dengan makanan yang haram.

Kepada rakan-rakan sekalian, marilah kita perbanyakan puasa mengikut kemampuan diri kita kerana puasa itu adalah asas (yang memudahkan) segala ibadah yang lain dan anak kunci kepada segala ketaatan. Oleh kerana itu, Rasullulah bersabda:
والذى نفسي بيده، لخلوف فم الصائم اطيب عند الله من ريح المسك ، يقول الله عز وجل : إنما بذر شهوته وطعامه وشرابه من اجلى ، ثالصوم لى وانا اجزى به
Ertinya : Demi Allah yang diriku di bawah kekuasaannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Allah berfirman : HambaKu rela meninggalkan syahwatnya, makanannya, dan minumannya kerana semata-mata mencari keredhaanKu maka puasanya adalah untukKu dan Akulah yang akan terus membalasnya.


Oleh:

Panel Bahasa Melayu
Usrah STIAS

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN USRAH

PENGENALAN USRAH
Program muzakarah usrah perdana stias telah dirasmikan pada tarikh 14 februari 2010 bersamaan 29 safar 1431 . Muzakarah usrah perdana ini diadakan 2kali setiap bulan pada hari ahad . Ahli usrah terdiri daripada pelajar- pelajar stias lelaki dan perempuan . Tujuan :
Tujuan diadakan muzakarah usrah perdana ini untuk memantapkan kefahaman dan pemikiran kepada pelajar – pelajar tentang manhaj serta method ahli sunnah wal jamaah di sekolah tinggi islam as sofa . Selain itu meniliti dan memahami wacana pemikiran pengasas sekolah Tinggi Islam as Sofa al fadhil As syeikh Tuan Guru Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki . Matlamat :
Melahirkan pelajar yang memahami serta menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah yang merupakan manhaj sekolah tinggi islam as sofa . Membentuk kader – kader ilmuan islam yang peka tentang isu – isu semasa dan seterusnya dapat menyumbang tenaga dan pemikiran di dalam dakwah islamiyah .Selain itu mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang diantara pelajar .

DASAR MUZAKARAH USRAH

DASAR MUZAKARAH USRAH
“ muzakarah usrah bulanan stias sesi 2010 “
Dasar muzakarah usrah :
Al quran – hadith – ijma – qiyas .

RUJUKAN USRAH

RUJUKAN USRAH
Judul kitab : Agamamu Dalam Bahaya .
Pengarang : Al allamah Abu abdullah ‘Alawi al Yamani .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .
Rujukan : I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah .
Pengarang : Al allamah Muhammad Mukhtar Ibn ‘Atorid .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS