Wednesday, April 27, 2011

DIALOG ANTARA IMAM ABU HANIFAH DENGAN SEKUMPULAN ORANG KAFIR


 Kebanyakan Manusia yg. beriman tak mampu menjawab persoalan2 berikut

 Dimana Allah, Bila dia diciptakan , Bagaimana bentuknya...
 
 Lihat bagaimana Imam Abu Hanifah (AH)berdialog dengan sekumpulan org kafir (SK)
 
 SK- Dalam tahun berapa wujud tuhan kamu?
 AH- Allah sentiasa wujud sebelum tarikh dan masa dan tiada awal bagi wujudnya
 AH- Apa sebelum 3
 SK-2
 AH- Apa sebelum 2
 SK- 1
 AH- Apa sebelum 1
 SK- Tiada sesuatu sebelumnya.
 AH- Sekiranya bilangan 1 , tiada sesuatu sebelumnya maka bagaimana
       dengan Yang Tunggal , Yang Hakiki iaitu ALLAH. Sesungguhnya dia Qadim
       iaitu tiada awal bagi wujudnya.
 SK- Kearah mana tuhan kamu menghadap?
 AH- Jika kamu bawa pelita ketempat yang gelap, kearah mana cahayanya akan pergi
 SK - Disetiap tempat
 AH- Ini adalah cahaya pelita . Maka bagaimana cahaya yg. menerangi
        langit dan bumi?
 SK- Kenalkan kami tentang zat tuhan mu. Adakah keras spt besi, cair
       spt air atau spt asap?
 AH- Adakah kamu pernah duduk disamping org yg. hendak mati.
 SK-Pernah
 AH- Adakah kamu berkata kata dengannya setelah dia mati?
 SK - Tidak
 AH- Adakah sebelum mati dia berkata2 dan bergerak
 SK- Ya
 AH- Apa yg menyebabkan dia berubah
 SK- Keluar rohnya
 AH- Adakah keluar rohnya?
 SK- Ya
 AH- Sifatkan saya roh itu adakah dia keras atau cair atau berasap?
 SK- Kami tidak ketahui apa2 tentangnya.
 AH- Sekiranya roh yg. berupa mahluk yg. tidak mungkin kamu ketahui
        keadaannya maka bagaimana kamu meminta kpd. aku utk mensifatkan zat
        ALLAH.(yg. mencipta roh itu)

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN USRAH

PENGENALAN USRAH
Program muzakarah usrah perdana stias telah dirasmikan pada tarikh 14 februari 2010 bersamaan 29 safar 1431 . Muzakarah usrah perdana ini diadakan 2kali setiap bulan pada hari ahad . Ahli usrah terdiri daripada pelajar- pelajar stias lelaki dan perempuan . Tujuan :
Tujuan diadakan muzakarah usrah perdana ini untuk memantapkan kefahaman dan pemikiran kepada pelajar – pelajar tentang manhaj serta method ahli sunnah wal jamaah di sekolah tinggi islam as sofa . Selain itu meniliti dan memahami wacana pemikiran pengasas sekolah Tinggi Islam as Sofa al fadhil As syeikh Tuan Guru Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki . Matlamat :
Melahirkan pelajar yang memahami serta menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah yang merupakan manhaj sekolah tinggi islam as sofa . Membentuk kader – kader ilmuan islam yang peka tentang isu – isu semasa dan seterusnya dapat menyumbang tenaga dan pemikiran di dalam dakwah islamiyah .Selain itu mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang diantara pelajar .

DASAR MUZAKARAH USRAH

DASAR MUZAKARAH USRAH
“ muzakarah usrah bulanan stias sesi 2010 “
Dasar muzakarah usrah :
Al quran – hadith – ijma – qiyas .

RUJUKAN USRAH

RUJUKAN USRAH
Judul kitab : Agamamu Dalam Bahaya .
Pengarang : Al allamah Abu abdullah ‘Alawi al Yamani .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .
Rujukan : I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah .
Pengarang : Al allamah Muhammad Mukhtar Ibn ‘Atorid .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS