Wednesday, April 27, 2011

GELARAN-GELARAN SAYYIDDATUNA FATIMAH AZ-ZAHRA’

Berikut adalah beberapa gelaran kepada Fathimah Az-Zahra dan maksud-maksudnya.

Fatimah
-Kerana Allah menjauhkannya, keturunannya dan pencintanya dari api neraka.
-Selain daripada maksud tersebut, dari Imam Jaafar as. : Kerana manusia tidak akan mengenal kebesaran Fatimah kecuali Allah swt. dan ayahnya Muhammad saww.
-Kerana beliau telah diberikan seluruh ilmu.

Mansurah
-Yang memperoleh pertolongan
-Nama ini yang paling terkenal di langit (Jibril as memanggil dgn nama ini)
-Tidak pernah Fatimah sa. menolak orang yang bertawasul kepadanya meminta pertolongan.

Az-Zahra'
-Terang benderang.
-Kerana ketika beliau masuk ke mihrabnya beribadah dan bermunajat kepada Allah, cahayanya menerangi penghuni langit seperti bintang-bintang yang menerangi penghuni bumi.
-Imam Ali as.:Setiap kali aku dalam kesulitan atau kesedihan,pasti aku akan melihat Fatimah sa. maka akan hilanglah semua kesulitan dan kesedihan tesebut.

Siddiqah
-Yang paling jujur.
-Sama sekali tidak pernah berbohong
-Bukhari : Rasul saww. : Fatimah adalah sebahagian daripada diriku (semua yang ada Rasul saww, dimiliki oleh Fatimah sa.),siapa yang buat beliau marah, yakni membuatku marah.
-Hadis lain,Rasulullah saww.:Fatimah sa. adalah jiwa dan hatiku yang ada dibenakku.



Al-Mubarakah
-Yang membawa barakah
-Setiap apa yang disentuh oleh Fatimah sa. membawa barakah.
-Sumber semua barakah adalah fatimah sa.

At-Thahirah
-Suci.
-Fatimah telah disucikan oleh Allah swt.

Zakiyyah
-Bersih, indah dan harum.

Ar-Radhiyyah
-Yang menerima seluruh ketentuan Allah swt.dan tidak pernah menolak.
-Fatimah melihat rumah itu syurga,mendidik anak-anak dan mengurus rumah tangga adalah ibadah,siang beliau mengurus rumah tangga, manakala di malamnya beribadah dan bermunajat kepada Allah swt.

Mardhiyyah
-Memperoleh keredhaan dan kerelaan daripada Allah swt.
-Tidak sesiapa yang akan mendapat kerelaan dan keredhaan Allah swt kecuali mendapat keredhaan Rasulullah saww., dan tidak ada seseiapa yang mendapat keredhaan Rasulullah saww kecuali melalui keredhaan Fatimah sa.
-Kerelaan Allah swt.ada pada kerelaan Zahra sa. dan kemarahan Allah swt. ada pada kemarahan Zahra sa.

Muhaddasah
-Yang memperoleh ucapan dan ungkapan daripada Allah swt dan malaikat.

Al-Batul
-Yang terputus daripada dunia.
-Beliau hanya fokus kepada Allah swt. dan akhirat.
-Fatimah sa. tidak pernah melihat sesuatu kecuali Allah swt. (kerana Allah swt. itu ada dimana-mana,dan kita tidak akan mampu lari atau bersembunyi daripadaNya)
-Fatimah sa. tidak pernah datang haidh dan nifas.

Ummu Abiha
-Ibu ayahnya
-Para isteri Rasulullah saww.digelar sebagai Ummul Mukminin tetapi Fatimah sa. digelar sebagai Bonda kepada ayahnya dimana ayahnya adalah sebaik-baik Mukmin maka Fatimah adalah sebaik-baik mukminah.
Ummul Aimmah
-Ibu para Imam as.

Al-Haniah
-Yang sangat lemah lembut.

Kauthar
-Kebaikan yang banyak.
-Apa pun yang keluar daripada Fatimah sa. mempunyai nilai yang tinggi dan tidak ternilai.
-Imam Jaafar Sodiq as.telah ditanya:Apakah maksud Haiya 'Ala Khairil 'Amal (marilah melakukan sebaik-baik amal),Amal yang terbaik itu apa?Imam as. menjawab : Amal yang terbaik itu adalah berbuat baik terhadap anak-anak Fatimah sa., keturunan Fatimah sa.

Haura'
-Bidadari.
-Rasul saw.:Fatimah sa. putriku adalah bidadari manusia, setiap kali aku merindui syurga, aku akan mencium Fatimah sa.
-Surah Ad-Dahr/Al-Insan, turun untuk memuji keluarga Fatimah sa. ketika mereka menginfakkan makanan mereka untuk orang miskin, anak yatim dan tawanan.Kemudian Allah swt juga menjelaskan kenikmatan syurga.Selalunya ayat yang menceritakan kenikmatan syurga akan menyebut tentang bidadari tetapi didalam surah ini tidak disebut.
Imam Baqir as.telah ditanya tentang ini,Imam as. menjawab : kerana surah ini turun untuk nenekku Fatimah sa. dan kerana Allah swt. memuliakan Fatimah sa.,maka tidak menceritakan tentang bidadari kerana Fatimah sa. itu lebih mulia daripada bidadari.

Badh'atun Nabi
-Sebahagian daripada Rasulullah saww.

Sayyidatun Nisa
-Sayyidatun Nisa Il 'Alamin, Sayyidatun Nisai Ahlil Jannah dan Sayyidatun Nisail Mukminin -> Penghulu seluruh wanita.

Ummul Hasanain
-Ibu Hassan as.dan Husain as.
-Hassan dan Hussain (alaihimassalam) adalah penghulu pemuda di Syurga.
-Rasulullah saww. :Sesiapa yang mencintai mereka berdua,ibu dan ayah mereka,maka dia akan bersamaku di Syurga.

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN USRAH

PENGENALAN USRAH
Program muzakarah usrah perdana stias telah dirasmikan pada tarikh 14 februari 2010 bersamaan 29 safar 1431 . Muzakarah usrah perdana ini diadakan 2kali setiap bulan pada hari ahad . Ahli usrah terdiri daripada pelajar- pelajar stias lelaki dan perempuan . Tujuan :
Tujuan diadakan muzakarah usrah perdana ini untuk memantapkan kefahaman dan pemikiran kepada pelajar – pelajar tentang manhaj serta method ahli sunnah wal jamaah di sekolah tinggi islam as sofa . Selain itu meniliti dan memahami wacana pemikiran pengasas sekolah Tinggi Islam as Sofa al fadhil As syeikh Tuan Guru Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki . Matlamat :
Melahirkan pelajar yang memahami serta menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah yang merupakan manhaj sekolah tinggi islam as sofa . Membentuk kader – kader ilmuan islam yang peka tentang isu – isu semasa dan seterusnya dapat menyumbang tenaga dan pemikiran di dalam dakwah islamiyah .Selain itu mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang diantara pelajar .

DASAR MUZAKARAH USRAH

DASAR MUZAKARAH USRAH
“ muzakarah usrah bulanan stias sesi 2010 “
Dasar muzakarah usrah :
Al quran – hadith – ijma – qiyas .

RUJUKAN USRAH

RUJUKAN USRAH
Judul kitab : Agamamu Dalam Bahaya .
Pengarang : Al allamah Abu abdullah ‘Alawi al Yamani .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .
Rujukan : I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah .
Pengarang : Al allamah Muhammad Mukhtar Ibn ‘Atorid .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS