وعلى آله وصحبه أجمعين
ü Daripada Abi Hurairah, Rasulullah bersabda:
مَنْ أفْطَرَ يَوْماً مِنْ غَيْرِ رُخْصَةٍ وَلاَ مَرَضٍ لَمْ يَقْضِ عَنْهُ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ وَإِنْ صَامَهُ
“Sesiapa yang berbuka satu hari puasa dari bulan Ramadhan tanpa sebarang rukhsah (keuzuran seperti musafir) ataupun sakit, tidak akan dapat menyamai puasa fardhu yang ditinggalkannya itu puasa selama hidup, sekalipun dia melaksanakan hak – hak berpuasa.”
ü Abi Umamah al Bahili berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda:
“Ketika saya sedang tidur datang dua orang lelaki (malaikat yang berupa lelaki) mengangkat saya dengan pangkal lengannya lalu membawa saya ke sebuah bukit yang sukar didaki. Lelaki itu berkata, “Dakilah! Saya berkata, “Saya tidak mampu mendakinya. Katanya lagi, “Kami akan memudahkan kamu mendakinya.” Saya pun mendakinya sehinggalah saya berada di bahagian yang rata. Tiba-tiba kedengaran suara – suara yang amat kuat. Saya pun bertanya , “Suara apakah itu?” Lelaki itu berkata, “Itu ialah teriakan ahli neraka.” Kemudian lelaki itu pergi bersama-sama saya.
Tiba-tiba saya berada dalam satu kaum yang dalam keadaan tergantung dengan keting-keting mereka (di atas) dan mulut-mulut mereka terbuka luas dan hancur, mengalir darinya darah. Baginda bersabda, saya bertanya, “Siapakah mereka?” Lelaki itu menjawab, “Mereka ialah orang yang berbuka sebelum dihalalkan puasa mereka.”
Daripada Ibni Abbas (Hamad ibn Zaid berkata: Saya tidak mengetahuinya melainkan beliau telah mengangkatnya kepada Nabi ) berkata:
“Tali ikatan Islam dan asas-asas agama itu ada tiga yang diatasnya diasaskan Islam. Sesiapa yang meninggalkan salah satu daripadanya, maka dia adalah kafir dan halal darahnya. (Iaitu) penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, solat fardhu dan puasa Ramadhan.”

Panel Bahasa Melayu
Nurul Afrina Binti Abdul Rahman
Usrah STIAS.
No comments:
Post a Comment