Thursday, October 14, 2010

Peristiwa Isra’& Mi’raj

.Bulan Rejab merupakan bulan Allah. Pada bulan tersebut telah berlakunya peristiwa besar iaitu peristiwa Isra’dan Mi’raj yang berlaku kepada penghulu sekalian alam iaitu Sayyiduna Muhammad h. Isra’ Mi’raj berlaku selepas perutusan Baginda ini telah disepakati oleh Ulama. Namun, mereka berselisih pendapat pada menentukan masa berlakunya peristiwa tersebut. Peristiwa ini berlaku pada malam Isnin iaitu hari kelahiran Rasulullah , kebangkitan, penghijrahan dan kewafatan Baginda h. Mengikut persepakatan ulama menyatakan bahawa Isra’ Mi’raj berlaku dengan ruh dan jasad Baginda secara jaga dan bukan dalam mimpi.   Sekiranya ia berlaku dalam mimpi, maka ia bukanlah tanda atau mukjizat yang mencarik adat yang diyakini kebenarannya sekali pun mimpi para Nabi itu merupakan wahyu.  Seandainya peristiwa ini berlaku dalam mimpi, semestinya orang kafir tidak menolak dan mendustakannya. Malah, tidak akan ada yang murtad kerana kejadian ini berlaku terlalu jauh dari adat kebiasaan dan berlaku pada masa yang singkat dan  ia mustahil boleh terjadi Kesimpulannya , kita wajib mempercayai bahawa peristiwa Isra’ Mi’raj benar-benar berlaku kepada Rasulullah  dalam keadaan jaga dan bukan dalam mimpi.

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN USRAH

PENGENALAN USRAH
Program muzakarah usrah perdana stias telah dirasmikan pada tarikh 14 februari 2010 bersamaan 29 safar 1431 . Muzakarah usrah perdana ini diadakan 2kali setiap bulan pada hari ahad . Ahli usrah terdiri daripada pelajar- pelajar stias lelaki dan perempuan . Tujuan :
Tujuan diadakan muzakarah usrah perdana ini untuk memantapkan kefahaman dan pemikiran kepada pelajar – pelajar tentang manhaj serta method ahli sunnah wal jamaah di sekolah tinggi islam as sofa . Selain itu meniliti dan memahami wacana pemikiran pengasas sekolah Tinggi Islam as Sofa al fadhil As syeikh Tuan Guru Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki . Matlamat :
Melahirkan pelajar yang memahami serta menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah yang merupakan manhaj sekolah tinggi islam as sofa . Membentuk kader – kader ilmuan islam yang peka tentang isu – isu semasa dan seterusnya dapat menyumbang tenaga dan pemikiran di dalam dakwah islamiyah .Selain itu mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang diantara pelajar .

DASAR MUZAKARAH USRAH

DASAR MUZAKARAH USRAH
“ muzakarah usrah bulanan stias sesi 2010 “
Dasar muzakarah usrah :
Al quran – hadith – ijma – qiyas .

RUJUKAN USRAH

RUJUKAN USRAH
Judul kitab : Agamamu Dalam Bahaya .
Pengarang : Al allamah Abu abdullah ‘Alawi al Yamani .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .
Rujukan : I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah .
Pengarang : Al allamah Muhammad Mukhtar Ibn ‘Atorid .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS