Thursday, October 14, 2010

Malam Nisfu Sya'ban

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'ABAN

Malam Pengampunan
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya (Mursal) daripada Kathir ibn Murrah berkata: Sabda Rasulullah e:
إِنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَهْلِ الأَرْضِ إِلاَّ رَجُلَيْنِ مُشْرِكٌ أَوْ مُشَاحِنٌ.
“Sesungguhnya Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya’aban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia: musyrik (orang yang menyengutukan Allah) dan musyahin (orang yang bermusuhan).”

Malam Mustajab Doa
Daripada Abu Darda’ , bahawa Nabi e bersabda:
لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَهْبِطُ الرَّحْمَنُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَي سَمَآءِ الدُّنْيَا فَيَنْظُرُ إِلَي أَعْمَالِ العِبَادِ فَيَغْفِرُ لِلْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَتُوْبُ عَلَي التَّوَّابِيْنَ وَيَسْتَجِيْبُ لِلسَّآئِلِيْنَ وَيَكْفِي الْمُتَوَكِّلِيْنَ وَيَدَعُ أَهْلَ الضَّغَائِنِ لاَ يَفْعَلُ بِهِمْ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَيَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا لِمَنْ شَاءَ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ قَاتِلِ نَفْسٍ حَرَّمَهَا اللهُ عَزَّ وَجَلَّ أَوْ مُشَاحِنٍ.
“Pada malam Nisfu Sya’aban Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia, lalu melihat amalan hamba-hambaNya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepadaNya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan bagi orang yang bertawakkal. Dia juga meninggalkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendakiNya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah Azza wa Jalla atau pun orang yang memutuskan silatur rahim.”

Malam Pembebasan Dari Api Neraka
Diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nu’aim dengan sanadnya daripada Anas ibn Malik , bahawa Rasulullah e bersabda:
أَرْبَعُ لَيَالٍ لَيَالِيْهِنَّ كَأَيَّامِهِنَّ وَأََيَّامِهِنَّ كَلَيَالِيْهِنَّ يُبِرُّ اللهُ فِيْهِنَّ القَسَمَ وَيَعْتِقُ النَّسَمَ وَيُعْطِي فِيْهِنَّ الْجَزِيْلَ: لَيْلَةُ القَدْرِ وَصَبَاحُهَا وَلَيْلَةُ عَرَفَةَ وَصَبَاحُهَا وَلَيْلَةُ الْجُمُعَةِ وَصَبَاحُهَا.
“Empat malam, malamnya sama seperti siangnya dan siangnya sama seperti malamnya. Pada malam tersebut, Allah memperelokkan pembahagianNya, dibebaskan makhluk dari api neraka dan diberikan balasan anugerah pada malam tersebut iaitu: Lailatul Qadar dan siangnya, malam Arafah dan siangnya, malam Jumaat dan siangnya. ”


وَصَلّى اللهُ عَلَي خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِــــــــــــــــعَهُ عِلْمُ اللهِ


Oleh:
Zaidatul Hanim bt. Zainal Abidin
Panel Bahasa Melayu
Buletin Usrah STIAS

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN USRAH

PENGENALAN USRAH
Program muzakarah usrah perdana stias telah dirasmikan pada tarikh 14 februari 2010 bersamaan 29 safar 1431 . Muzakarah usrah perdana ini diadakan 2kali setiap bulan pada hari ahad . Ahli usrah terdiri daripada pelajar- pelajar stias lelaki dan perempuan . Tujuan :
Tujuan diadakan muzakarah usrah perdana ini untuk memantapkan kefahaman dan pemikiran kepada pelajar – pelajar tentang manhaj serta method ahli sunnah wal jamaah di sekolah tinggi islam as sofa . Selain itu meniliti dan memahami wacana pemikiran pengasas sekolah Tinggi Islam as Sofa al fadhil As syeikh Tuan Guru Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki . Matlamat :
Melahirkan pelajar yang memahami serta menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah yang merupakan manhaj sekolah tinggi islam as sofa . Membentuk kader – kader ilmuan islam yang peka tentang isu – isu semasa dan seterusnya dapat menyumbang tenaga dan pemikiran di dalam dakwah islamiyah .Selain itu mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang diantara pelajar .

DASAR MUZAKARAH USRAH

DASAR MUZAKARAH USRAH
“ muzakarah usrah bulanan stias sesi 2010 “
Dasar muzakarah usrah :
Al quran – hadith – ijma – qiyas .

RUJUKAN USRAH

RUJUKAN USRAH
Judul kitab : Agamamu Dalam Bahaya .
Pengarang : Al allamah Abu abdullah ‘Alawi al Yamani .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .
Rujukan : I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah .
Pengarang : Al allamah Muhammad Mukhtar Ibn ‘Atorid .
Diterjemah : As syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki .

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS

BULETIN MINGGUAN USRAH STIAS